Gadis..
kau cantik pada pandangan
lahirmu menjadi permata
belahan jiwa ayah bonda..
Gadis
tika kau memandang dunia indah
kaukau hiburkan jiwa raga
hingga hampir ternoda..
Gadis
berhiburlah seadanya
kerana dunia persinggahan cuma
pelabuhan semantara buat perantau
yang duduk melapaskan lelah
menyediakan bekal,menyemai benihkemudian berlepas pergi
ke alam abadi persinggahan abadi
Gadis
duniamu indah
namun usah kau terpedaya jauh lalu membiarkan dirimu
menjadi habuan nafsu bermaharajalela
pergunakan akal dan hati untuk berfikir
mata dan telinga untuk berwaspada
kutipla sebanyak-banyak bekalan amal
untuk persinggahan abadi
persinggahan yang maha indah, maha segala
ITULAH SYURGA-NYA
0 comments on "kERANA-MU AKU BERUBAH ;)"
Post a Comment